kisah nabi yahya as

Nabi Yahya as

Nabi  Zakaria,  ayahnya  Nabi  Yahya  sedar  dan  mengetahui  bahawa  anggota-anggota
keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah
orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama
dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul
didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam
lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan
mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa
mereka  akan  makin  rusak  dan  makin  berani  melakukan  kejahatan  dan  kemaksiatan
bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci
Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa
ia   sejak   kahwin   hingga   mencapai   usia   sembilan   puluh   tahun,   Tuhan   belum
mengurniakannya   dengan   seorang   anak   yang   ia   idam-idamkan   untuk   menjadi
penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya  semasa  ia  bertugas  memelihara  dan  mengawasi  Maryam  yang  dapat
dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya
yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan  makanan  dimihrabnya  Maryam.  Ia  berfikir  didalam  hatinya  bahawa  tiada
sesuatu  yang  mustahil  di  dalam  kekuasaan  Allah.  Allah  yang  telah  memberi  rezeki
kepada  Maryam  dalam  keadaan  seorang  diri  tidak  berdaya  dan  berusaha,  Dia  pula
berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan
rambutnya sudah penuh uban.

Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta
memusatkan  fikiran  kepada  kebesaran  Allah  seraya  bermunajat  dan  berdoa  dengan
khusyuk  dan  keyakinan  yang  bulat.  Dengan  suara  yang  lemah  lembut  berucaplah  ia
dalam doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan
mewarisi  sebahagian  dari  keluarga  Ya'qub,  yang  akan  meneruskan  pimpinan  dan



tuntunanku  kepada  Bani  Isra'il. Aku  khuatir  bahawa  sepeninggalanku  nanti  anggota-
anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati
tanpa  seorang  pemimpin  yang  akan  menggantikan  aku.  Ya  Tuhanku,  tulangku  telah
menjadi  lemah  dan  kepalaku  telah  dipenuhi  uban  sedang  isteriku  adalah  seorang
perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku
tidak  jemu-jemunya  berdoa  kepadamu  memohon  rahmat-Mu  mengurniai  kau  seorang
putera yang soleh yang engkau redhai."

Allah  berfirman  memperkenankan  permohonan  Zakaria:  "Hai  Zakaria  Kami  memberi
khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang
soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri
dari    hawa    nafsu    dan    godaan    syaitan    serta    akan    menjadi    seorang    nabi."
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri
adalah  seorang  perempuan  yang  mandul  dan  aku  sendiri  sudah  lanjut  usianya."

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-
Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama
sekali?"
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku  akan suatu tanda bahawa  isteri aku  telah
mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-
kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah
nama-Ku   sebanyak-banyaknya   serta   bertasbihlah   diwaktu   petang   dan   pagi   hari."

Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia
diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang
berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia
terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah
yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan
menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.

Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab
Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki
keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula
menghiraukan  ancaman  pihak  penguasa  dalam  usahanya  menegakkan  kebenaran  dan
melawan kebathilan.

Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan
sebagai  tanda  taubatnya  mereka  dipermandikan  {  dibaptiskan  }  di  sungai  Jordan,
kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi
Yahya adalah  orang pertama yang  mengadakan  upacara  itu, maka ia  dijuluki  "Yahya
Pembaptis".

Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya
sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping
dan  berhasrat  ingin  mengahwininya.  Sang  gadis  berserta  ibunya  dan  seluruh anggota
keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan



mengeluarkan   fakwa   bahawa   perkahwinan   itu   tidak   boleh   dilaksanakan   kerana
bertentangan  dengan  syariat  Musa  yang  mengharamkan  seorang  mengahwini  anak
saudaranya sendiri.

Berita  rencana  perkahwinan  Hirodus   dan  Hirodia   serta  fatwa   Nabi  Yahya   yang
melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala
tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan
pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus
calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan
perkahwinan  yang  sudah  dinanti-nanti  dan  diidam-idamkan,  bahkan  bahkan  sudah
menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah disepakati itu.

Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia
berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi
bapa  saudaranya  calon  suaminya  agar  rencana  perkahwinan  dilaksanakan  menurut
rencana. Dengan  merias diri  dan berpakaian  yang  merangsang,  ia pergi  mengunjungi
bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada
anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku,
apakah   yang   dapat   aku   berbuat   untukmu.   Katakanlah   aku   akan   patuhi   segala
permintaanmu,  kedatanganmu kemari  pada  saat  ini  tentu  didorong  oleh  sesuatu  hajat
yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa
ragu-ragu,  hai  sayangku,  aku  sedia  melayani  segala  keperluan  dan  keinginanmu."

Herodia  menjawab:  "Bila  Tuan  Raja  berkenan,  maka  aku  hanya  mempunyai  satu
permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku
yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita
dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan
penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima
kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini".

Herodus  yang  sudah  tergila-gila  dan  tertawan  hatinya  oleh  kecantikan  dan  keelokan
Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat
selain  tunduk  kepada  kehendaknya  dengan  mengabaikan  suara  hati  nuraninya  dan
panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya
bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang
tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap
Yahya   telah   terpenuhi   dan   rintangan   utama   yang   akan   menghalangi   rencana
perkahwinannta  telah  tersingkirkan,  walaupun  perbuatannya  itu  menurunkan  laknat
Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.

Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam
ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya'
ayat 89 sehingga ayat 90.



Leave a Reply