kisah nabi zakariya as

Nabi Zakaria as

Nabi  Zakaria  adalah  ayah  dari  Nabi  Yahya  putera  tunggalnya  yang  lahir  setelah  ia
mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna, ibu saudaranya Maryam,
Zakaria mendambakan mendapat anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam
tiada henti-hentinya ia memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai
seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil. Ia khuatir
bahawa bila ia mati tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya akan kehilangan
pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar
dan  kemaksiatan  dan  bahkan  mungkin  mereka  akan  mengubah  syariat  Musa  dengan
menambah  atau  mengurangi  isi  kitab  Taurat  sekehendak  hati  mereka.  Selain  itu,  ia
sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung dari
generasi    sepanjang    Allah    mengizinkannya    dan    memperkenankan.

Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar melakukan sembahyang
serta  menjenguk  Maryam  anak  iparnya  yang  diserahkan  kepada  mihrab  oleh  ibunya
sesuai dengan nadzarnya sewaktu ia masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah
yang  ditugaskan  oleh  para  pengurus  mihrab  untuk  mengawasi  Maryam  sejak  ia
diserahkan  oleh  ibunya.  Tugas  pengawasan  atas  diri  Maryam  diterima  oleh  Zakaria
melalui  undian  yang  dilakukan  oleh  para  pengurus  mihrab  di  kala  menerima  bayi
Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara isterinya
sendiri   yang   hingga   saat   itu   belum   dikurniai   seorang   anak   pun   oleh   Tuhan.

Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan menghairankan Zakaria telah terjadi pada
suatu hari ketika ia datang ke mihrab sebagaimana biasa. Ia melihat Maryam disalah satu
sudut  mihrab  sedang  tenggelam  dalam  sembahyangnya  sehingga  tidak  menghiraukan
bapa  saudaranya  yang  datang  menjenguknya.  Di  depan  Maryam  yang  sedang  asyik
bersembahyang  itu  terlihat  oleh  Zakaria  berbagai  jenis  buah-buahan  musim  panas.
Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya buah-buahan musim
panas ini, padahal mereka masih berada dalam musim dingin. Ia tidak sabar menanti anak
saudaranya selesai sembahyang, ia lalu mendekatinya dan menegur bertanya kepadanya:
"Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?"

Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa kucari dan aku
minta. Diwaktu pagi dikala matahari terbit aku mendapatkan rezekiku ini sudah berada
didepan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa
saudaranya merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan rezekinya
kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?"

Maryam binti Imran


Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari Imran seorang
daripada pemuka-pemuka dam ulama Bani Isra'il. Ibunya saudara ipar dari Nabi Zakaria
adalah seorang perempuan yang mandul yang sejak bersuamikan Imran belum merasa
berbahagia jika belum memperoleh anak. Ia merasa hidup tanpa anak adalah sunyi dan
membosankan.  Ia  sangat  mendambakan  keturunan  untuk  menjadi  pengikat  yang  kuat
dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa suka di dalam kehidupan
keluarga. Ia sangat akan keturunan sehingga bila ia melihat seorang ibu menggandung
bayinya  atau  burung  memberi  makan  kepada  anaknya,  ia  merasa  iri  hati  dan  terus
menjadikan kenangan yang tak kunjung lepas dari ingatannya.

Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun keinginan tetap tinggal
keinginan  dan  idam-idaman  tetap  tidak  menjelma  menjadi  kenyataan.  Berbagai  cara
dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga
membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan
kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah isteri Imran bahawa
hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi keinginannya dan sanggup
mengurniainya  dengan  seorang  anak  yang  didambakan  walaupun  rambutnya  sudah
beruban dan usianya  sudah lanjut.  Maka  ia bertekad membulatkan harapannya  hanya
kepada Allah bersujud  siang dan malam dengan penuh khusyuk  dan kerendahan hati
bernadzar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya dikalbulkan, akan menyerahkan
dan  menghibahkan  anaknya  ke  Baitul  Maqdis  untuk  menjadi  pelayan,  penjaga  dan
memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya
untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima
permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan
dalam takdir-Nya bahwa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar.
Maka  tanda-tanda  permulaan  kehamilan  yang  dirasakan  oleh  setiap  perempuan  yang
mengandung  tampak pada  isteri  Imran  yang  lama  kelamaan  merasa  gerakan  janin  di
dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu,
bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya
akan  terpecahlah  bila  bayi  yang  dikandungkan  itu  lahir.  Ia  bersama  suami  mulai
merancang  apa  yang  akan  diberikan  kepada  bayi  yang  akan  datang  itu.  Jika  mereka
sedang  duduk  berduaan  tidak  ada  yang  diperbincangkan  selain  soal  bayi  yang  akan
dilahirkan.  Suasana  suram  sedih  yang  selalu  meliputi  rumah  tangga  Imran  berbalik
menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imaran menjadi berseri-seri tanda
suka cita dan bahagia dan rasa putus asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik
menjadi   rasa   penuh   harapan   akan   hari   kemudian   yang   baik   dan   cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia merancang, Tuhan
menentukan. Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan
menerima  putera  pertamanya  serta  mendampinginya  dikala  ia  melahirkan  ,  tiba-tiba
direnggut nyawanya oleh Izra'il dan meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan
hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi
makin mesra.






Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan
letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa
melahirkan.  Maka  setelah  segala  persiapan  untuk  menyambut  kedatangan  bayi  telah
dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan ibunya yang malang menghirup
udara bebas. Agak kecewalah si ibu janda Imran setelah mengetahui bahawa bayi yang
lahir itu adalah seorang puteri sedangkan ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan
dan bernadzar untuk dihibahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara
sedih berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: "Wahai Tuhanku, aku telah
melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernadzar akan menyerahkan seorang putera
yang  lebih  layak  menjadi  pelayan  dan  pengurus  Baitulmaqdis. Allah  akan  mendidik
puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan
bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.

Demikianlah   maka   tatkala   Maryam   diserahkan   oleh   ibunya   kepada   pengurus
Baitulmaqdis,  para  rahib  berebutan  masing-masing  ingin  ditunjuk  sebagai  wali  yang
bertanggungjawab atas pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada
yang mahu mengalah, maka terpaksalah diundi diantara mereka yang akhirnya undian
jatuh    kepada    Zakaria    sebagaimana    dijanjikan    oleh    Allah    kepada    ibunya.
Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga
keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan dari jangkauan
para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya.
Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar diatas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang
tidak  dapat  dicapai  melainkan  dengan  menggunakan  sebuah  tangga.Zakarian  merasa
bangga dan bahagia beruntung memenangkan undian memperolehi tugas mengawasi dan
memelihara Maryam secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta
dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan anak kandungnya
yang  tidak  kunjung  datang.  Tiap  ada  kesempatan  ia  datang  menjenguknya,  melihat
keadaannya, mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa
ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan
tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudra isterinya yang
ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu
peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-
gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan
besar di kemudian hari.

Pada  suatu  hari  tatkala  Zakaria  datang  sebagaimana  biasa,  mengunjungi  Maryam,  ia
mendapatinya lagi berada di mihrabnya tenggelam dalam ibadah berzikir dan bersujud
kepada Allah. Ia terperanjat ketika pandangan matanya menangkap hidangan makanan
berupa buah-buahan musim panas terletak di depan Maryam yang lagi bersujud. Ia lalu
bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka
masih lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria tidak seorang pun selain dari
dirinya  yang  datang  mengunjungi  Maryam.  Maka  ditegurlah  Maryam  tatkala  setelah
selesai  ia  bersujud  dan  mengangkat  kepala:  "Wahai  Maryam,  dari  manakah  engkau
memperolehi  rezeki  ini,  padahal  tidak  seorang  pun  mengunjungimu  dan  tidak  pula


engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan
musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini."

Maryam menjawab: "Inilah peberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan
mengapa  engkau  merasa  hairan  dan  takjub?  Bukankah  Allah  Yang  Maha  Berkuasa
memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak
ternilai besarnya?"

Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam,
gadis  suci,  yang  dipersiapkan  oleh-Nya  untuk  melahirkan  seorang  nabi  besar  yang
bernama Isa Almasih a.s.

Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan Zakaria kepadanya dapat dibaca dalam Al-
Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.

Leave a Reply